KANGAR: Polis tidak memandang ringan isu pelantikan Menteri Besar
Perlis yang kini dilihat kian meruncing membabitkan dua tokoh politik di
negeri itu.
Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias, berkata pihaknya tidak menafikan kemelut yang melanda ketika ini boleh bertukar menjadi di luar kawalan jika pihaknya tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
"Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan yang menyatakan berlaku kekecohan di negeri ini berhubung pelantikan Menteri Besar negeri.
"Bagaimanapun, perkara ini boleh bertukar menjadi kecoh dan huru-hara kerana pergolakan dalam parti dan rasa tidak puas hati antara pucuk kepemimpinan negeri," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi 'WhatsApp'.
Azisman berkata, pihaknya berharap pucuk kepemimpinan parti Barisan Nasional (BN) dalam negeri mengambil langkah yang lebih bertoleransi dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Kita sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, malah kita juga sudah merangka rancangan untuk menghadapinya.
"Ini selepas mengambil kira atas apa yang pernah berlaku di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dahulu," katanya.
Beliau berkata, biarlah kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar ini diselesaikan pada peringkat dalaman dan secara profesional.
Beliau berharap ia tidak membabitkan kekecohan antara orang awam sehingga menggugat keamanan dalam negeri.
"Sekiranya berlaku, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit," katanya.
Sebelum ini, desas-desus mengatakan kekecohan bakal berlaku berhubung pelantikan Menteri Besar negeri yang tidak mendapat persetujuan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Perlis.