Heboh! Starbucks Kini Tak Rasis Lagi

Kini Starbucks telah mengumumkan polisi baru mereka di mana orang ramai dibenarkan masuk dan duduk serta menggunakan tandas di kafe mereka meskipun tidak membeli apa-apa.
Dalam laporan The Guardian, wakil kedai kopi popular berkenaan berkata para pekerja mereka diminta untuk menganggap sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke kedai mereka sebagai pelanggan, tidak kira sama ada mereka membeli produk mereka ataupun tidak.
Hal ini bermakna, semua orang termasuklah mereka yang tidak membayar apa-apa dapat menggunakan kemudahan di kafe mereka. Sebelum ini, keputusan untuk membenarkan orang yang tidak membeli apa-apa duduk di kafe serta menggunakan tandas terletak pada tangan pengurus cawangan tersebut.
Bukan itu sahaja, malah rangkaian kedai kopi itu turut menambah di dalam polisi baru tersebut bahawa para pekerja Starbucks perlu menghubungi pihak polis sekiranya ada pelanggan bertindak kurang menyenangkan atau didapati menggugut dan berbahaya kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam premis berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, polisi itu hanya terpakai di Amerika Syarikat sahaja dan mungkin wujud set panduan yang berbeza yang bakal diaplikasikan di cawangan antarabangsa.

Polisi itu ditambah ekoran kejadian penangkapan dua orang lelaki berbangsa Afrika-Amerika di dalam kedai Starbucks di Philadelphia kerana cubaan menggunakan tandas tanpa membeli apa-apa pada bulan April lalu.
Insiden tersebut berlaku pada 12 April di mana dua orang lelaki sedang menunggu seseorang untuk berjumpa dan pada masa yang sama salah seorang daripada mereka dinafikan hak untuk menggunakan tandas kerana tidak membuat sebarang pembelian. Oleh itu, pekerja bertindak menghubungi polis dan kedua-dua lelaki terbabit, Rashon Nelson dan Donte Robinson ditahan.
Video insiden berkenaan tular di media sosial mengakibatkan pihak Starbucks perlu mempraktikkan latihan bagi menyingkirkan diskriminasi perkauman para pekerja menerusi dasar yang diumumkan baru-baru ini. Anda rasa polisi baru itu perlu diaplikasikan kedai rangkaian Starbucks di seluruh Malaysia? Kongsikan pendapat anda.

Source:
http://www.erabaru.com.my/2018/05/23/starbucks-kini-membenarkan-orang-ramai-duduk-di-kafe-tanpa-sebarang-pembelian/ 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
Kode DFP2